BAB 6 :
PEMILIKAN PERNIAGAAN
CARA
MEMULAKAN PERNIAGAAN
1.
Memulakan sendiri
- menubuhkan
sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
- usahawan
perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
- usahawan
bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya
dan
kreativiti
sendiri.
2.
Mengambil alih
- membeli
sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
- perniagaan
yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
- pengambilalihan perniagaan
yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang
muhibbah’.
3.
Warisan
- mewarisi
perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe
Silk Store
4.
Francais
- hak
atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal
dengan menggunakan jenama dan logonya.
- Syarikat
yang diberi hak ialah francaisi.
- Syarikat
yang memberi hak francais dikenali francaisor.
- Francaisi
dibantu dan dibimbing oleh francaisor
- sebagai
balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi
syarat.
- Contoh Marrybrown, England Optical
5.
Diundang
- usahawan
dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi
atau pemegang saham
- dijemput
kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk
mengendalikan perniagaan.
FAKTOR
DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
1. Mempunyai minat, pengetahuan dan
pengalaman.
2. Memastikan modal mencukupi
3. Memastikan jenis perniagaan diceburi
sesuai dengan kelayakan dan
berpotensi
maju.
4. Mematuhi syarat dan peraturan perundangan
dan akta perniagaan
seperti
Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
5. Lokasi sesuai dan strategik serta
mengambil kira kos sewa,
kadar
upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan
kuasa
beli penduduk.
6. Memastikan sumber bekalan mencukupi dan
mudah diperolehi.
7. Mengenalpasti bilangan dan kekuatan
pesaing serta merancang
strategi
menghadapinya.
PENGENDALIAN
PERNIAGAAN
1.
Pengurusan stok
- stok
ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa
akan
datang
- pengurusan
stok melibatkan aspek:
a.
Mendapatkan bekalan stok
b.
Memeriksa stok
c.
Merekod stok
d.
Menyimpan dan mengawal stok
e.
Memperaga stok
2.
Pengurusan kewangan
- melibatkan:
a.
Penyimpanan rekod perakaunan dengan
sempurna
-
Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
b.
Penganalisaan prestasi berdasarkan
rekod simpanan
-
dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih
serta mencari pulangan modal.
c. Pengambilalihan
tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan
meningkatkan prestasi perniagaan.
-
kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat, tingkatkan promosi.
3.
Pengurusan sumber manusia
a.
Meningkatkan kecekapan pekerja
melalui pengkhususan dan
latihan kemahiran
b.
Menjaga kebajikan pekerja seperti
menyediakan tempat
penginapan,
gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan
riadah dan ibadat.
c.
Mewujudkan hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara
pekerja dan majikan.
d.
Mematuhi undang-undang berkaitan hak
pekerja seperti
Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan
Sosial 1969 dan
Ordinan KWSP 1955.
4. Pengurusan masa
-
usahawan perlu menyusun dan
merancang aktiviti menurut
keutamaan
dan penggunaan masa secara produktif.
5. Pengurusan pelanggan
-
melibatkan 3 aspek:
a.
Memahami sifat pelanggan
b.
Mengenalpasti jenis pelanggan
c. Mengetahui cara melayan pelanggan.
6. Pengurusan risiko
-
ada tiga jenis risiko
a.
Risiko boleh diinsuranskan iaitu
kejadian dapat
diramalkan seperti kebakaran
b.
Risiko tidak boleh diinsuranskan
iaitu tidak dapat diramalkan
secara statistik dan kadar premium
tidak dapat ditentukan
seperti peperangan
C. Risiko yang tidak boleh diinsuranskan
tetapi boleh dikawal seperti
kerugian yang berpunca spekulasi pelaburan.
7. Pengurusan maklumat
- maklumat
perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi menjamin keberkesanan pengurusan.
-
pengurusan teknologi maklumat
(komputer) dapat membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.
JENIS
PEMILIKAN PERNIAGAAN
1. MILIKAN TUNGGAL
-
perniagaan dimiliki seorang sahaja
dan didaftar atas namanya
-
dasar dan keputusan perniagaan
ditentukan oleh pemilik
-
pemilik menanggung liabiliti tidak
terhad
- keuntungan tertakluk kepada cukai
pendapatan individu.
Cara
Menubuhkan Milikan Tunggal
-
Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965
a. Permohonan carian nama – Borang PNA
42
b. Permohonan mendaftar nama perniagaan
– Borang A
c. Pengeluaran sijil perakuan
pendaftaran dan mempamerkan - Borang D
2. PERKONGSIAN
-
perniagaan dimiliki oleh dua orang
dan tidak melebihi 20 orang
-
pendaftaran dibuat atas nama rakan
kongsi dibawah
Akta
Perkongsian 1961
-
ada tiga jenis rakan kongsi
a.
Rakan kongsi aktif – menyumbang
modal dan terlibat aktif
dalam perniagaan
b. Rakan kongsi lelap – menyumbang modal
tetapi tidak
terlibat dalam perniagaan.
c. Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang
modal
tetapi membenarkan nama disenaraikan
sebagai
salah seorang pemilik.
-
semua rakan kongsi menanggung
liabiliti tidak terhad
-
agihan untung rugi dikongsi bersama
mengikut nisbah yang
telah
ditetapkan.
-
keuntungan perkongsian
tertakluk kepada cukai
pendapatan
perseorangan.
Cara
Menubuhkan Perkongsian
-
sama seperti penubuhan Milikan
Tunggal kecuali mengisi
Borang
A - Halaman 3
a. Permohonan
carian nama – Borang PNA 42
b. Permohonan
mendaftarkan perniagaan – Borang A
c. Pengeluaran
sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan
- SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
-
mempunyai antara 2 – 50 pemegang
saham
-
perkataan “sendirian” bermaksud
pemilik syarikat terdiri daripada
ahli
keluarga dan sahabat handai.
-
semua pemilik menanggung liabiliti
terhad
-
saham tidak dijual kepada orang
ramai dan pindah milik saham
dibuat
dengan persetujuan ahli
-
syarikat ditadbir oleh lembaga
pengarah yang juga merupakan
pemegang saham syarikat itu.
-
keuntungan syarikat diagihkan
kepada pemegang syer dalam
bentuk
dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.
Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian
Berhad
- ditubuhkan
mengikut Akta Syarikat 1965
a. Permohonan
untuk carian nama – Borang 13A
b. Permohonan
untuk mendaftar syarikat dengan
mengemukakan:
i. Tatawujud
syarikat – dokumen mengenai fakta
penubuhan syarikat
ii. Tataurus
syarikat – mengenai peraturan dan prosedur
pengurusan
dalam syarikat.
iii.
Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
iv. Borang
48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
v. Borang 48 F (Pengakuan sebelum
perlantikan
sebagai setiausaha)
c. Serahan
dokumen
d. Pengeluaran
dan mempamerkan sijil perakuan pemerbadanan
syarikat - Borang D
- SYARIKAT AWAM BERHAD
-
perkataan awam bermaksud supaya
boleh dijual kepada orang
ramai
dengan menerbitkan ‘prospektus’.
-
saham boleh dijual kepada orang
ramai dan boleh dipindah milik
melalui
bursa saham.
-
pemegang saham dua orang dan tiada
bilangan maksimum.
-
pemegang saham menanggung liabiliti terhad
-
disenaraikan di bursa saham
- Pentadbiran
syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah
yang dilantik .
- Pemegang
syer yang memiliki lebih 51% akan
menguasai
Lembaga
Pengarah dan kawalan syarikat
-
ahli Lembaga Pengarah tidak
semestinya pemegang saham
-
Kedudukan kewangan mesti diumumkan
kepada orang ramai
setiap
tahun.
- cukai
syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.
Cara Menubuhkan Syarikat Awam
Berhad
- sama
seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
a. Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15,
Akta
Syarikat 1965
b. Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
c. Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti
berkaitan prospektus dan penyenaraian
syer di bursa saham.
d. Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
e. Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer
dipohon melebihi jumlah yang
ditawarkan
f
Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar
Syarikat.
- KOPERASI
-
Prinsip koperasi:
a.
keanggotaan secara sukarela dan
terbuka
b.
kawalan secara demokratik oleh
anggota
c.
kebebasan dan autonomi
d.
penglibatan dalam pendidikan latihan
dan sebaran
maklumat koperasi
e.
perhatian terhadap kebajikan
masyarakat dan sosial.
-
berasaskan prinsip tolong-menolong
dan mementingkan
kebajikan
anggotanya
-
jenis koperasi seperti koperasi
kredit, koperasi bank,
koperasi pengguna
-
contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
-
pemilik ialah pemegang syer dan
bilangan minimum pemegang
syer
ialah 100 dan tiada had maksimum.
-
setiap anggota tidak boleh memiliki
syer melebihi 28%.
-
koperasi ditubuhkan mengikut Akta
Koperasi Malaysia
1993
-
liabiliti terhad
-
koperasi dikawal oleh Lembaga
Pengarah yang dipilih semasa
mesyuarat
agung.
-
Agihan lebihan (keuntungan), 12 %
disimpan sebagai
Simpanan
Kumpulan Wang Rezab dan baki
diagih
dalam bentuk dividen.
-
Rebat dibayar berasaskan jumlah
belian.
-
Koperasi dikecualikan cukai
Cara
menubuhkan koperasi:
a. Permohonan menubuhkan koperasi
melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
b. Menubuhkan jawatankuasa penaja
c. Mengadakan mesyuarat agung
d. Memohon mendaftar koperasi kepada
Pendaftar Negeri.
e. Pengeluaran sijil perakuan
pendaftaran.
- PERBADANAN AWAM
-
ditubuhkan oleh kerajaan melalui
Akta Parlimen untuk
menyediakan
perkhidmatan dan kemudahan asas seperti
perubatan, pendidikan dan pembinaan
infrastruktur.
-
ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan
di bawah tanggungjawab
menteri yang membentuk satu lembaga
untuk pengurusan.
-
Contoh perbadanan awam ialah KWSP
dan JKR.
- PENSWASTAAN
-
merupakan satu proses pemindahan
kuasa kawalan,
kepentingan
dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta.
- sektor
swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara
dalam pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi negara.
-
Contoh: Syarikat Telekom Malaysia
Berhad dan
Tenaga Nasional Berhad.
Tujuan
:
a. Mengurangkan beban kewangan kerajaan
b. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
c. Meningkatkan kecekapan dan
produktiviti
d. Menggalakkan agihan dan penggunaan
sumber lebih cekap
e. Memberi manfaat kepada kakitangan dan
rakyat