BAB 7 : PELABURAN
a} Maksud Pelaburan.
Pelaburan ialah suatu tindakan
menangguhkan penggunaan wang pada masa
ini dengan harapan untuk mendapatkan
pulangan pada masa hadapan.
b) Perbezaan di antara Pelabur dan
Spekulator.
Pelabur
|
Spekulator
|
1. Membeli
syer untuk mendapatkan
pulangan dalam bentuk dividen/syer
bonus.
|
1. membeli syer pada harga rendah
dan jual pada harga yang tinggi
untuk mendapatkan keuntungan.
|
2. Beli
syer untuk disimpan dalam
jangka masa panjang dengan
harapan prestasi syarikat berkem-
bang dan harga syernya naik.
|
2. Membeli
dan menjual syer dalam
jangka masa singkat untuk
mendapatkan keuntungan daripada
perbezaan harga.
|
3.
Penglibatan pelabur mencergaskan
pasaran saham dan mengukuhkan
harga pasaran.
|
3.
Penglibatan Spekulator melemahkan
pasaran saham kerana harga saham
turun dan naik dengan tidak
menentu.
|
4. Pelabur
sentiasa berhati-hati
melakukan analisis kewangan dan
memperolehi maklumat prestasi
syarikat sebelum membeli saham
syarikat.
|
4.
Spekulator sentiasa membuat
ramalan sesuatu harga syer.
Tindakannya dipengaruhi khabar
angin, sikapnya keterlaluan boleh
menjejaskan pasaran saham.
|
JENIS PELABURAN.
a) Akaun
Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.
-
melabur
di bank/institusi kewangan.
-
Pelaburan
tanpa risiko.
-
Keuntungan
rendah.
-
Menyimpan
untuk suatu tempoh tertentu.
-
Kelebihan
:
1. Pulangan tetap.
2. Simpanan selamat.
3. Simpanan boleh dikeluarkan atas
permintaan.
b) Harta
Tanah.
-
Contoh
: Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb.
mendapat pulangan dalam
bentuk keuntungan modal dan
pendapatan semasa.
c) Saham.
-
pelaburan
yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen
atau bonus.
-
Tujuan
Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi
mengembangkan syarikat.
-
2 jenis iaitu : (i)
Saham disenaraikan.
-
saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.
(ii) Saham tidak disenaraikan.
- saham yang
tidak diurusniagakan di pasaran saham
secara rasmi.
(i). Jenis Saham.
Perbezaan
di antara syer biasa dengan syer keutamaan.
Syer Biasa.
|
Syer
Keutamaan.
|
1. Kadar dividen sentiasa berubah
mengikut keuntungan syarikat.
|
1. Kadar
dividen ditetapkan oleh
syarikat setiap tahun.
|
2. Pemegang syer menerima dividen
setelah pemegang syer keutamaan
menerima dividen mereka.
|
2.
Pemegang syer dibayar dividen
terlebih dahulu daripada pemegang
syer biasa.
|
3. Pelabur
berhak mengundi untuk
memilih Lembaga Pengarah di dalam
mesyuarat agung tahunan.
|
3. Pelabur
tidak berhak mengundi.
|
4. Pihak
terakhir untuk menuntut balik
modal jika
syarikat dibubarkan.
|
4. Diberi
keutamaan menuntut balik
modal jika syarikat dibubarkan.
|
Syer
keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :
- Kumalatif.
-
dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika syarikat rugi pada
tahun kewangan lepas.
- Penyertaan.
-
kadar
dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen kepada
pemegang syer biasa.
- Boleh Tebus.
-
Harga
syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.
-
Syer
ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh
masa.
- Boleh tukar.
- Syer
yang boleh ditukar kepada syer biasa.
- Pemegang
syer akan terima faedah sepertimana pemegang syer biasa.
(ii) Pulangan atas saham.
-
dalam bentuk syer bonus, dividen dan
keuntungan modal.
Contoh Pengiraan
Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.
Kes Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit.
5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6%
dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun
berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran
dividen
12
% terhadap syer biasa.
Kirakan
jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.
Cara Pengiraan :
i). Pendapatan dari syer keutamaan.
5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM
800.00
ii) Pendapatan dari syer biasa.
5000
x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00
iii) Pendapatan dari Debentur.
RM
3000 x 0.06 =
RM 180.00
iv) Jumlah Pendapatan.
RM 800.00 + RM 600.00 + RM
180.00 = RM 1580.00
iii)
Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL).
1.
Mewujudkan
peluang pasaran bagi saham.
– BSKL menyediakan tempat untuk
memudahkan pelabur
menjalankan urusniaga syer.
2.
Menyebarkan
maklumat kewangan syarikat kepada orang
lain. - melalui media massa
tentang kedudukan kewangan
sesebuah
syarikat.
3.
Melindungi
kepentingan para pelabur.
dengan
cara :-
- mengenakan syarat-syarat penyeneraian yang
ketat.
- mewajibkan broker menyumbang wang tertentu
kepada
Tabung Jaminan
Setia untuk dibayar pampasan kepada
para pelabur
yang tertipu.
- mewajibkan semua syarikat awam menerbitkan
maklumat
tentang operasi, prestasi
keuntungan untuk pengetahuan
para pelabur.
4.
Menjalankan
urusniaga saham.
-
untuk memudahkan pelabur menjual syer dan perolehi
Wang tunai pada bila-bila
masa.
5.
Membantu
mengumpulkan modal daripada orang ramai untuk pembangunan negara.
6.
Menimbulkan
minat melabur di kalangan orang ramai dengan menganjurkan pelbagai program.
Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga
Saham.
1.
Keadaan
ekonomi Negara.
-
Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga
Saham naik dan sebaliknya.
2.
Keadaan
Politik.
-
Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik
dan sebaliknya.
3.
Aktiviti
Spekulasi.
-Spekulator
yang membeli dan menjual syer akan
Mempengaruhi turun naik harga syer.
4.
Kualiti
Pengurusan dan Prospek Syarikat.
-
Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap
menyebabkan harga
saham naik dan sebaliknya.
5.
Dasar
kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.
-
Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang di
pasaran, maka BNM
akan mengurangkan kadar faedah
pinjaman.
- Ini mengggalakkan
orang ramai meminjam untuk membuat
pelaburan. Maka harga
saham meningkat dan sebaliknya.
Cara Membeli dan
Menjual Saham.
- Bagi saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker saham.
- Bagi menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :
(i). Penjual hubungi broker untuk memberitahu
butir-butir saham yang
hendak dijual.
(ii).
Broker menghantar maklumat tersebut di bilik padanan diBSKL.
(iii). Tawaran
tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada.
Jika wujud persetujuan antara
pembeli dengan penjual maka
Urusniaga berlaku.
d)
Unit Amanah.
-
Sejenis
pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
-
Diuruskan
oleh pengurus professional.
-
Sesuai
untuk pelabur-pelabur kecil.
-
Risiko
kerugian rendah.
-
Pelaburan
Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.
PANDUAN AM MELABUR.
1.
Pelabur
perlu mendapat maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.
2.
Pastikan
keuntungan maksimum boleh diperolehi samada melalui kadar faedah, dividen dan
keuntungan ke atas modal.
3.
Mengambilkira
risiko dalam pelaburan. Jika pelabur kurang mahir, boleh melabur dalam
pelaburan yang kurang risiko
dan sebaliknya.
4. Modal sedia ada. Sekiranya pelabur
bermodal kecil sesuai
melabur dalam
pelaburan berisiko rendah seperti Unit Amanah
atau di bank.
5.
Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar kebentuk wang
tunai.
Contoh : aset mudah cair – simpanan di
bank.
aset tidak mudah cair – harta tanah.