BAB 5 :
INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Syarikat
perkilangan dengan jualan tunai tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh
masa tidak melebihi 150 orang.
CIRI-CIRI
- Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
- Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran.
3.
Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh. MARA
dan MIDF memberi bantuan modal kerana
kesukaran bantuan kredit
daripada institusi kewangan.
- Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
- Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai untuk menjimatkan kos
KEGIATAN
IKS
- Industri berasaskan sumber
-
berasaskan
bahan mentah yang terdapat di kawasan operasi.
-
seperti
rotan dan kayu dalam kegiatan membuat perabot.
- Industri berasaskan logam
-
melibatkan
kepakaran dan teknologi berkaitan kimpalan,
faundari
dan mesin bagi menghasilkan barang logam, komponen jentera seperti membuat alat
ganti jentera.
- Industri berasaskan plastik
-
menghasilkan
barang pengguna berasaskan sumber bahan
mentah industri petrokimia seperti
menghasilkan bekas plastik.
- Industri komponen automatif
-
IKS
membekalkan komponen automotif kepada industri membuat kenderaan seperti lampu kereta, kusyen dll setelah
mendapat bimbingan, kepakaran dan bantuan teknologi.
- Industri komponen elektrik dan elektronik
-
Syarikat
besar memberi hak kepada IKS untuk mengeluarkan
komponen elektronik yang kecil
seperti suis, wayar dll
setelah dibimbing dan dibantu dari segi kepakaran dan
modal.
- Industri pemprosesan makanan
-
pemprosesan
makanan awet, minuman, biskut dll
- Industri kimia
-
keluaran
petroleum, petrokimia, kimia bukan organik, oleokimia
- Industri farmaseutikal
-
pengeluaran
ubat-ubatan dan bahan aktif untuk rawatan
penyakit seperti malaria.
KEPENTINGAN
IKS
1.
Sumbangan kepada masyarakat
a. Peluang
menceburi bidang perusahaan
b. Peluang
menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti
c. Peluang
pekerjaan
d. Memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat
2.
Sumbangan kepada negara
a. Mengurangkan
pengangguran
b. Meningkatkan
tabungan dalam ekonomi
c. Pengagihan pendapatan negara lebih adil kerana
IKS menawarkan
upah
yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir.
d. Menyediakan
latihan dan kemahiran kepada pekerja
e. Mengukuhkan
struktur asas industri negara melalui hubung jalin
dan
pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa.
f. Mengurangkan import barang pengguna.
KAITAN
IKS DENGAN INDUSTRI BERAT
1.
Pemasaran Bersepadu (Konsep Payung)
- Hampir 75% keluaran IKS dijual kepada firma
besar seperti
membekalkan barang
siap dan separa siap.
- Industri kereta memperolehi komponen seperti
bateri, pintu,
kusyen
dll melalui IKS.
- Melalui pemasaran bersepadu, IKS memperolehi
pasaran terjamin
melalui
kontrak kerajaan/pasaran terbuka dan bayaran segera.
- Faedah yang diperolehi ialah menambahkan modal
perniagaan,
peluang
pekerjaan, pengembangan perniagaan, pengurusan lancar
serta
mutu dan kuantiti barang ditingkatkan.
2.
Pengaturan Kontrak Khas
- bermaksud
mengikat perjanjian antara frma kecil dengan firma
besar
dimana firma kecil berjanji membekalkan keluaran mereka
mengikut
syarat dan kriteria ditetapkan.
- Manfaat
diperolehi ialah jaminan pasaran keluaran, keluaran dan
keuntungan
dapat ditingkatkan dan mendapat pembiayaan daripada
firma
yang membeli.
3.
Subkontrak
- melibatkan
perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran
daripada
syarikat besar kepada IKS mengikut syarat dan
kriteria
ditetapkan.
- Contoh
komponen kereta seperti kusyen dibekalkan oleh IKS
kepada
syarikat kereta.
- Manfaat
diterima oleh IKS ialah firma besar membiayai
perbelanjaan
seperti pembelian bahan mentah, kemudahan kredit
dan
jaminan pasaran antarabangsa.
- Skim
Perniagaan Vendor merupakan contoh subkontrak
di
mana pengeluar sesuatu komponen akan membekalkan
keluaran
kepada syarikat besar/multinasional.
MASALAH
IKS
1. Masalah
modal dan pembiayaan
- bank
kurang berminat memberi pinjaman kerana IKS tiada cagaran
kukuh
dan status kewangan IKS diragui.
2.
Produktiviti dan teknologi rendah
- disebabkan
kekurangan tenaga buruh mahir dan tidak mampu
melatih
pekerja.
3.
Kekurangan bahan mentah
- disebabkan
bahan mentah tidak mencukupi atau tiada di pasaran.
- IKS
membayar harga bahan mentah lebih tinggi daripada industri besar.
- tidak
mempunyai modal yang cukup untuk simpanan stok.
4.
Masalah pasaran
- kekurangan
modal menghadkan kemampuan memasarkan produk.
- kekurangan
kepakaran dalam pemasaran dan kualiti barang rendah.
5.
Masalah pengurusan
- pengurusan
tidak cekap, teknologi ketinggalan zaman, kurang
inovasi
menghalang perkembangan IKS
6.
Masalah lokasi
-
tiada kemudahan asas mencukupi di
tempat operasi dan ada beroperasi
di
belakang rumah.
7. Hubung
jalin dengan industri berat
- kegagalan
memenuhi kontrak atau tidak mendapat subkontrak
kerana
kualiti barang dan produktiviti rendah menjejaskan hubungan IKS
dengan
industri besar
CARA
MENGATASI IKS
1.
Program Rantaian Industri (ILP)
- Program
Pembangunan Vendor diperkenalkan untuk membekalkan komponen kritikal kepada
syarikat besar.
2.
Program penyelidikan dan pembangunan
- SIRIM,
MARDI dan MPOB membantu IKS mencapai piawaian yang tinggi.
3.
Program pembangunan infrastruktur
- PKEN,
MIEL, UDA dan MARA menyediakan kemudahan infrastruktur
seperti
taman perindustrian dan unit kilang.
4.
Program pembangunan dan peningkatan kemahiran
- NPC,
MARA, MEDEC dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil
(SMIDEC)
membantu meningkatkan kemahiran pekerja melalui latihan,
seminar,
bimbingan kerja dan pengurusan.
5.
Pembangunan pemasaran
- MATRADE
membantu IKS menembusi pasaran eksport dan
menjadi
pembekal global melalui ekspo, pameran, lawatan perniagaan dll.
6.
Program bantuan kewangan
- Bank
perdagangan dan MARA merupakan sumber kredit IKS.
- CGC
menyediakan jaminan kepada peminjam.
- Pakej
kewangan untuk IKS (PAKSI) yang dilancarkan
oleh
SMIDEC
menyediakan kemudahan pinjaman dalam bentuk soft
loan.